Apabila kita meningkat dewasa kita semakin merindui kenangan kita yang lama sama ada waktu sekolah rendah dan menengah,semasa kecik bersama kawan dengan ibu bapa..kadangkala kenangan yang kita rindui bukan sahaja yang manis bahkan yang pahit juga turut kita ingati..kenangan itu sukar untuk kita lupakan kerana ianya amat bermakna untuk kita sehinggakan kita dapat mengingati kisah itu tanpa tertinggal satu babak..kadang-kadang kenangan juga membuatkan kita lebih matang dan dewasa..kenangan yang pahit akan membuatkan kita cepat sedar akan kesalahan itu manakala kenangan manis akan membuatkan hati kita mudah terhibur dan dapat melupakan perkara yang kita tidak ingin kan..